Tuesday, June 2, 2009

Bisik Bisik


Bisik Bisik terletak di Parit Raja,Batu Pahat,Johor.Restoran ni kepunyaan YB Batu Pahat yang juga merupakan bapa kepada Kera iaitu bestfriend cousin saya,Ernay.Ecehh nak jugak masuk nama tuh.Heh.

Restoran ni best jugak.Makanan semua sedap.Rasanya ni restoran paling best kot kat sana.Jom kia cekidaut kami makan apa.Zass.


Spaghetti Bolognese



Hot Chocolate



Blueberry Cheese Cake


Nasi Goreng Biasa


Chocolate Cheese Tiramisu



Kalau pergi Batu Pahat nanti,nak pergi makan sini lagi lah.=)



Thanks for reading! Bai!

Sunday, May 24, 2009

Baked Macaroni Cheese with Tuna


Disebabkan hari ini hari Ahad,Mama cuti masak.Then saya la yang kena masak. Tapi disebabkan hari ini hari Ahad,saya pun masak simple jelah untuk semua orang.Haha.Tengahari tadi buat Roti Paratha je and makan malam saya masak Baked Macaroni Cheese with Tuna.Seriously,saya suka gila makan ini.T_T

Bahan-bahan :

475ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50g mentega
40g tepung
175g Parmesan cheese atau Cheddar(grated) {boleh campur}
40g serbuk roti
450g macaroni
secubit garam
2 tin tuna mayonis

Cara :
1.Panaskan susu dan daun bay didalam periuk kecil dengan api perlahan.
Awas,jangan biarkan ia mendidih.Ketepikan.
hj
2.Cairkan mentega didalam periuk.Masukkan tepung.Sebatikan.Masak selama 2-3 minit.Hati-hati agar tidak hangit.
o
3.Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.Sebatikan dan gaulkan perlahan.Masak sehingga mendidih.Kacau selalu.Masak selama 4-5 minit.
p
4.Masukkan sedikit garam dan serbuk buah pala.Padamkan api dan masukkan 30g cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.
l
5.Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F).Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole dan sapukan sedikit serbuk roti.
l
6.Rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak.
lk
7.Buang air rebusan pasta dengan penapis.Masukkan ke dalam 'sos' tadi,gaul rata.Masukkan ke dalam bekas casserole.Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi.Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.
k
8.Hidangkan bersama tuna.



Cousin saya,Kak Amy sedang merasa Baked Macaroni Cheese with Tuna dengan muka yang teruja.

Gambar apabila sudah digaul bersama tuna.Sedap gila~

ded

p/s : Maaf.Gambar tidak berapa tiptop.:(

Saturday, May 23, 2009

Chocolate Cookies

Kelmarin saya telah membuat cookies ini bersama saudara perempuan saya. Akibat kebosanan dan kelaparan pada tengah malam, jadi kami pun plan nak masak something.Lepas tuh,tengok bahan-bahan nak buat cookies ada. Tu yang terus masak tuh.Selalunya buat cookies corak lain and kecik sedikit saiznya. Tapi kali ini saja buat besar besar bagi puas makan.Cheh padahal saja nak try cam omputih masak tuh kan.Haha.Awin memang gedik.
Abang saya suka ah tuh.Beliau memang minat biskut biskut ini.


Wazien pun try.Posing makan biskut pun wajib buat muka hot okay.
Err.Jangan salah sangka.Ini abang saya,bukan saya.Beliau ini memang kelelek sedikit.Chehh padahal Wazien pun sama.Okay fine.Saya pun sama tapi kadang kadang jer.Lalala.

Nak bagi our Papa rasa kenikmatan biskut cokelat buatan air tangan anak perempuannya yang baik hat okay tak tak.


Wazien kau jangan nak bajet flash tuh tanda cahaya keimanan kau tinggi lah konon.




Dan yang terakhir,layanlah gambar geli abang saya ini. Tapi nasib baik cookies berjaya menyelamatkan keadaan.Kalau tidak,jangan harap gambar ini akan diupload.Haha.